Sunday, December 9, 2012

kenangan di sekolah

SEKOLAH
Rindu sungguh ak pada zaman sekolah dulu.
tp mcm xcaye je ak dh abis sekolah ermmm byk toi kenangan
dr kenangan gado-gado, CINTA , gosip
paling ak xlpe kenangan 1st time jumpa seseorang hehehe
itu hanya la cerita lama,
zaman budak2 hahaha. apa-apa pun ingin aku memutar balik ke waktu itu. kalu diberi peluang aku nk putar balik masa  nak betul kan semua balik. ermm tp hidup ni bukan macam cerita fantasi . boleh kebelakang kan masa. 

Saturday, December 8, 2012

HARAPAN

aku masih lagi tidak tahu apa perasaan aku pada dia?. jika dia adalah jodoh ku , aku terima seikhlas hati. jika dia bukan jodoh ku , aku seikhlas hati melepaskan nya. aku masih lagi meragui dia. aku ttp xleh lupa apa dia bt dkt aku, aku masih tidak dapat melupakan riak nya perempuan itu. aku masih lagi memikirkan hubungan ini patut aku teruskan atau tidak! seperti yang selalu mak aku ckp , jika hubungan itu terjalin dengan melanggar hukum2 ALLAH itu tidak akan menjadi kekal. aku menjadi takut , boleh ke aku teruskan hubungan dengan dia? sejujurnya aku sayang dia. tapi kuat hati aku mengatakan , dia bukan jodoh aku. 
" ya Allah , jika dia bukan jodohku . jauhi la perasaan cinta ini. jika dia jodoh ku , aku mengharapkan ikatan secepatnya" . kerna aku tidak sanggup di belenggu dosa2 yang menghantui diri ini.

NUR IZARA QALESYA (^_^)

Alhamdulillah (^_^) syukur ke hadrat illahi , DIA memberi seorang ahli lagi di muka bumi ini dikalangan keluarga kami. Alhamdulillah,  sepupuku telah selamat melahirkan seorang puteri yang sungguh comel bernama NUR IZARA QALESYA (eh btoi ke eja hihi) . semoga zara menjadi anak yang solehah dan baik budi perkertinya :) .

Friday, December 7, 2012

hAti

boleh ke hati ini menerima segalanya? jawapan nya boleh kerana itu semua adalah kehendak kita.
kita mengawal segala2nya sbb hati nie milik kita sendiri. walaubagaimanapun , semua itu juga memerlukan kekuatan. Membuang kenangan itu senang, tapi melupakan susah. andai manusia tidak memikirkan salah dan buruk , mungkin mereka akan mengambil jalan yang mudah kerana itu sahaja yang mereka akan pikirkan.
ada sesetengah itu mengambil jalan mudah apabila patah hati. tapi ingat la kawan2 , jika hidup di DUNIA anda berasa seksa. bagaimana anda hendak menghadapi seksa di AKHIRAT . sebagai manusia yg hidup di muka bumi ini , seelok2nya kita tebus la dosa2 kita. jangan kerana patah hati semuanya nk ambil jalan singkat. kita hadapinya dengan pertolongan ALLAH SWT kerana dia tidak akan kemana2 sentiasa menolong kita. hidup manusia masing2 lain , tapi penah terpikir ke , ada lagi yang lagi patah hati . tapi masih hidup lagi menjalani sisa2 hidup mereka dengan baik. manusia tidak akan lari dr masalah.

Saturday, October 27, 2012

PEREMPUAN!

penah kah kau rasa malu! penahkah kau rasa bersalah! penah tak kau pikir bahawa 1 ari nty akan tiba saat kau pula yang menerima seperti mana aku rasa!. jika kau nak dia jujur la dengan ak. kerana aku tahu jodoh itu bukan di tangan aku, aku tahu bahawanya selagi ak belum kahwin dengannya dia bukan milik aku. wahai lelaki, sshkah kau mahu jujur. perempuan xkan marah kalau jujur , kerna ia akan membuatkan diri dia menjadi terbaik.

Sunday, April 15, 2012

mungkin ini di namakan perasaan!, yea!! perasaan yang aku kadang2 keliru. kadang2 memberi harapan yang aku xmungkin lupakan.aku masih dalam keimanan yang jodoh, ajal maut, kehidupan ditentukan ALLAH S.W.T . aku xkan lupa semua itu just aku xpaham knp??? knp??? ini yang terjadi dalam hidup aku?
yea aku xsempurna tp manusia xde yang sempurna. tolong la jgn men2 kan perasaan aku . aku wanita yg mempunyai kelemahan, aku jugak ad perasaan sedih, suka, duka. sekali sudah kau lakukan pada aku. aku memaafkan kau. kenapa kau ssh nk paham perasaan aku. apa aku ckp ko pandangs sinis? kadang2 aku terpkir kau jodoh atau perantaraan untuk aku menemui jodoh aku?. adakah setiap yg aku lakuakan ko angap aku bermain?????????. skrg kau keliru mencari satu jawapn yang aku cipta sendiri. mencri memang senang tapi xkan dpat yg sebenarnye. aku dah xxpunya perasaan lagi. MAAF! kau berikan aku masa yang aku perlu pkirkan . seandainye kau xdapt terima aku . kau lepaskan aku. lepaskan aku  untuk dpatkan kepastiaan mencari jawapan. aku skrg nk cari keredhaannye maaf kalau slama ini menganggu kau. mulai skrg aku lpaskan kau mencari cinta kau, kesetiaan kau yg kau cr. kesetiaan aku menjadi keraguaan kau takkan dpt bersama.

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,Impikan jejaka rupawan,Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.
p/s::copy paste :)

Saturday, April 14, 2012

Masalah yang aku xsuke!!

Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Metodologi kemunculan jerawat

• Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
• Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.
• Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
• Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
• Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.

[sunting]Jenis-jenis jerawat

• Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.
• Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.
• Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat.

[sunting]Punca Jerawat

Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.
Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.
Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakitalahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

[sunting]Tip-tip mengelakkan dari pembentukan jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:
  • Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
  • Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
  • Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
  • Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
  • Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
  • Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
  • Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

[sunting]Diet kesihatan kulit

  • Kulit biasanya mempunyai diet pemakanan yang tersusun, ini kerana factor pemakanan juga mampu menjadi penyebab kepada masalah kulit

[sunting]Rawatan jerawat menggunakan kaedah perubatan

Ubat-ubat jerawat disediakan dalam berbagai bentuk seperti: • Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair) • Ubat makan (pil, kapsul)
Terdapat pelbagai jenis rawatan jerawat bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:
  • Emollients
  • Benzoil peroksida, asid salisilik
  • Hormon, termasuk pil perancang keluarga
  • Antibiotik
  • Retinoids - seperti Isotretinoin

[sunting]Emollients

Fungsi Emollients adalah seperti mencairkan sisa/daki (terutama di zon T yang berminyak), menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan liang roma, menghasilkan kulit yang licin dan lembut dan mengekalkan lembapan di kulit. Contoh bahan seperti Balneum.

[sunting]Benzoil Peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik

Fungsi adalah untuk menghalang bakteria dan seterusnya menghalang pembiakan bacteria. Contoh ubat seperti:
  • Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (mengandungi benzoil peroksida)
  • Clearasil (mengandungi bahan aktif asid benzoik)
  • Palmer's skin success acne medication (mengandungi bahan aktif asid salisilik)

[sunting]Hormonal (termasuk pil perancangan keluarga)

Berfungsi untuk menghalang penghasilan minyak, menghalang ovulasi dan mengatur kedatangan Haid (bagi wanita sahaja) Contoh ubat seperti Diane 35.

[sunting]Antibiotik

Berfungsi untuk:
  • Menyerang kuman yang boleh membuat jerawat bertambah teruk
  • Menghalang pembiakan bakteria
  • Mengurangkan kemerahan dan bengkak
Jenis antibiotik yang perlu digunakan untuk merawat masalah jerawat pula adalah:
  • Tetracycline
  • Aknemycin, Eryderm (Erythromycin
  • C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)

[sunting]Retinoids

Berfungsi untuk:
  • Menghalang liang roma dari tersumbat
  • Memberi kesan anti-radang
Jenis ubat:
  • Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
  • Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)

p/s : copy from wikipedia 


:: masalah yang aku rasa geram dalam hidup aku. dah macam2 produk aku guna semua xleh jalan!!. siap berhenti guna sebarang produk pun xjalan jgk n gne cara tradisional pun xjalan. aku rasa nak menagis je :'( huhuhu. JERAWAT bila la ko mau nyah dr muke aku! huh geram n xske.

mencari produk yg sesuai (^_^)




Friday, April 6, 2012

something!!

 
yeaahhhh!
exam dtg lagi !
huhuhuhuhu 
nape la semangat blajar aku nie xdtg lg nie huhuhuhuhu . letih la mcm nie.
hahaha macam2 alasan kan! ape ar!!
nk blajar nie xyah tggu2 .
usaha tangga kejayaan kann!
kata nk berjaya kene le blajar huhuhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
ok skrg nie aku rasa mcm nk berniaga la pulak huhuhuhu
mcm seronok je berniaga tapiiiiii
nk berniaga pe???
ERMMMMMMMMMM

Sunday, April 1, 2012